"Selamat Membaca. Semoga Terinspirasi"
John Wick sebagai simbol perlawanan
John Wick sebagai simbol perlawanan

John Wick sebagai simbol perlawanan

Bagi saya, dalam banyak-banyak siri John Wick, ni siri yang terbaik dan juga penutup yang sempurna. Ini kerana, berbeza dgn pandangan tukang review yang lain, yang mengatakan John Wick kali ni terlalu banyak aksi semata-mata dan tiada apa-apa wacana, bagi saya tidak tepat.

Francais John Wick ini unik kerana “dunia pembunuh upahan” bawah tanah yang dicipta itu konsisten dengan beberapa perkembangan, misalnya penggunaan coin sebagai transaksi pembelian senjata ataupun apa-apa khidmat, serta kewujudan “marker” sebagai tuntutan hutang yang wajib dibayar. Ini semua menambahkan keyakinan penonton terhadap “world-building” yang dicipta oleh francais ini. Kewujudan Continental sebagai “neutral ground” yang juga wujud di pelbagai negara, dan juga “High Table” yang menjadi hierarki tertinggi tatanan dunia pembunuh upahan ini tambah mengukuhkan kekuatan plot. Dan ini boleh dikembangkan lagi dengan pelbagai siri, walaupun John Wick sebagai seorang individu, sudah tiada.

John Wick kali ini selain sarat dengan aksi dan choreogprahy berterusan yang mana beberapa scene boleh pergi sehingga 15-20 minit akan tetapi tetap menyegarkan. Ini kerana pemaparan aksi dibuat melalui teknik visual yang pelbagai , termasuklah kegemaran saya, scene aksi di dalam bangunan dengan overhead angle/bird eye secara one-shot panjang tanpa cut.

Di dalam siri kali ni, John Wick ingin dijadikan seperti Batman, bak kata Bruce Wayne dalam The Dark Knight,

“As a man, I’m flesh and blood, I can be ignored, I can be destroyed; but as a symbol… as a symbol I can be incorruptible, I can be everlasting”

Maka, di dalam filem ini, saat pembantu Marquis bertanya kepada Marquis, kenapa kau sibuk nak bunuh John Wick?” Marquis menjawab

“I’m not campaigning againts John Wick. I’m campaigning againts the IDEA of John Wick”

Ini wacana yang sangat penting. John Wick sebagai individu tidaklah terlalu bahaya. Dia boleh dibunuh. Akan tetapi John Wick sebagai simbol, lebih berbahaya dan sangat sukar untuk dibunuh. Apakah simbol John Wick? Dia tak bawak moral. Dia menentang “establishment” kerana cinta dan dendam. Maka, siapa-siapa sahaja yang terinspirasi dengan idea ini, akan menghidupkan John Wick di dalam jiwa masing-masing untuk melawan kekuasaan. Maka atas sebab itu, siri John Wick akan diteruskan lagi, kerana John Wick bukan lagi seorang individu, John Wick adalah simbol. John Wick adalah idea. John Wick adalah cinta. John Wick adalah dendam. John Wick adalah persahabatan. John Wick adalah hantu yang mencari kuburnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *