Pada 18 Ogos yang lalu, kita dikejutkan dengan KDN yang datang singgah kedai toko buku rakyat, dengan alasan untuk “ambil” dan “meminjam” dua buah buku, mungkin untuk kajian atau siasatan di bawah akta AMCP 1984. Ini membuatkan seluruh dunia aktivis dan intelektual di Malaysia yang masih waras akalnya gegak gempita kerana ini berlaku di saat kita mempunyai seorang Perdana Menteri paling ilmuan dalam sejarah perdana menteri di Malaysia. Beliau ialah seorang tokoh reformasi yang selama lebih 20 tahun melawan akta-akta draconian yang membungkam suara-suara yang bertentangan dengan pemerintah dan menyekat wacana.
Saya tidak mahu memanjangkan soal rampasan tersebut. Saya mahu membincangkan tentang sebuah lagi gempa bumi yang berlaku baru-baru ini. Gempa bumi ini ialah sebuah lagi akta draconian yang diguna pakai, untuk menghukum Ustaz Wan Ji, seorang intelektual yang disegani oleh ramai orang dari kalangan agamawan, aktivis mahupun cendekiawan, iaitu Akta Hasutan 1948. Kes ini mmg sudah lama, dari tahun 2014 lagi. Akan tetapi baru sahaja 4 tahun yang lalu, parti pemerintah kini, bersolidariti dengan beliau, dan bakal perdana menteri ketika itu, berjanji untuk berbincang kes beliau pada bekas PM hari ini.
Namun kali ini, hampir tidak kedengaran suara-suara yang menyatakan solidariti dan menyatakan semula komitmen untuk menyemak semula Akta Hasutan ini. (yang terakhir pada Julai lalu, oleh YB Azalina) .Yang ada hanyalah dari ahli-ahli parti di pinggiran kuasa, yang mungkin tiada jawatan dalam parti dan juga orang-orang yang tiada kepentingan dalam Kerajaan. Ya saya memahami dilema tersebut. Sebab itulah saya menulis artikel ini, sebagai teguran kepada diri sendiri dan juga rakan-rakan dalam Kerajaan. Ya, saya juga antara insan yang menerima manfaat daripada lingkungan politik. Sudah tentu, pandangan saya haruslah sedikit lunak kepada Kerajaan, walaupun kepada Kerajaan Reformasi.
Sebelum saya meneruskan membebel, kita sebagai orang awam harus memahami latar sesebuah kritikan. Apakah latar politik hari ini? Pertama, Kerajaan Perpaduan bukanlah “dream team”. Bukan sebuah Kerajaan PH pimpinan Anwar Ibrahim. Ia adalah sebuah Kerajaan Gabungan. Maka sudah tentu antara cabaran besar Kerajaan hari ini ialah mengekalkan kestabilan terutamanya melalui Zahid Hamidi. Tanpa Zahid dipucuk pimpinan UMNO, mustahil Kerajaan Perpaduan boleh mengekalkan kedudukannya. Dan jika Kerajaan tidak dapat mengekalkan kedudukannya, mana mungkin segala impian reformasi dapat dilaksanakan. Maka walaupun kes DNAA Zahid mencalarkan imej Kerajaan, itulah pil pahit yang harus ditelan atas nama “tidak mencampuri urusan mahkamah”.
Kedua, walaupun Kerajaan telah bertukar tangan beberapa kali (sejak 2018), adanya “deep state” ataupun segerombolan gergasi penjawat awam dan juga pemegang modal yang ingin mengekalkan status quo dan tidak mahu ada perubahan drastik atau besar-besaran terutama yang melibatkan kepentingan mereka. “Deep state” ini tidak akan dipertanggungjawabkan atas kegagalan Kerajaan. Mereka juga tidak akan diberi “kredit” atas kejayaan Kerajaan. Apa yang pasti tindakan mereka memberi impak yang signifikan kepada Kerajaan yang memerintah.
Ketiga, ini adalah khusus untuk tajuk utama tulisan ini, apa yang terjadi kepada Ustaz Wanji, adalah isu yang sangat sensitif, kerana melibatkan institusi raja. Sudah tentu sebagai Kerajaan Perpaduan yang tertubuh atas iniatif institusi raja, Kerajaan hari ini sudah tentu tidak boleh berkompromi dengan isu-isu yang melibatkan penghinaan terhadap sultan/Agung.”. Mungkin agenda untuk “menyelamatkan” Ustaz Wanji telah terlambat kerana mahkamah telahpun membuat keputusan. Akan tetapi kita semua sudah sedia maklum, betapa Akta Hasutan ini telah digunakan berkali-kali untuk menutup mulut pihak lawan dalam politik. Yang menyedihkan ialah, Akta ini turut “mengorbankan” ahli parti pemerintah, yang turut sama-sama memperjuangkan agar Akta ini tidak lagi disalahguna oleh pemerintah. Malah menurut bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid sendiri :
”Perlu disebut bahawa menuntut kerajaan PH menunai janjinya dan memansuhkan Akta Hasutan tidaklah salah. Tetapi, ia hanya melibatkan kes-kes di masa hadapan. Sama ada akta itu patut dimansuhkan atau tidak adalah suatu perkara lain dan saya tidak akan membincangnya di sini.”
Apa yang telah berlaku kepada Ustaz Wanji ini, sepatutnya dapat dielakkan di masa akan datang dengan pemansuhan atau pindaan kepada Akta Hasutan ini. Tetapi jika Kerajaan mahu menggunakan Akta yang sama terhadap Sanusi, sebagai pertimbangan politik, bagi saya ini pelaburan yang tidak menguntungkan. Itu tidak akan menjatuhkan Sanusi, malah akan mengangkat lagi beliau sebagai hero, dan Kerajaan akan dituduh sebagai hipokrit. Alasan bahawa Kerajaan tidak pilih bulu dari sudut penggunaan Akta, dengan “tidak campurtangan” akan ditenggelami dengan janji-janji dan cita-cita reformasi. Beban ini akan lebih berat kerana bukan sekadar pemungkiran janji ini memberi impak kepada lawan bahkan kepada kawan sendiri.
Keempat, kesemua manusia itu lumrah atau sifatnya ialah menjaga kepentingan peribadi dahulu sebelum menjaga kepentingan orang lain. Peribadi ini termasuklah menjaga keperluan keluarga dahulu. Dalam erti kata mudah, kita semua “mencari makan”. Di dalam politik juga begitu, ramai yang mencari makan di dalam politik. Dari pembantu tadbir, ke pegawai khas, ke setiausaha politik, ke ketua propaganda, hinggalah ke pucuk pimpinan.
Maka dengan keempat-empat latar ini, kita harus memahami bahawa tindak-tanduk Kerajaan pimpinan Intelektual hari ini, diapit kiri dan kanan dengan cabaran-cabaran ini. Namun begitu, pokok pangkal kepada tulisan saya hari ini ialah, sampai bilakah harus kita berkompromi dan berdiam diri? Saya pikir setelah menimbang tara beberapa hal, apa yang Kerajaan Reformasi ada saat ini hanyalah 4 tahun. Hanya ada baki 4 tahun sahaja untuk melaksanakan segala hal-hal reformasi yang sepatutnya dilakukan. Namun begitu, terdapat pelbagai perkara yang memerlukan perhatian segera. Ini melibatkan beberapa akta draconian yang tidak memerlukan kos kewangan. Mungkin akan ada sedikit kos politik, namun pilihanraya umum cuma akan diadakan 4 tahun lagi. Kerajaan hari ni juga tidak ada jaminan dapat mengekalkan kedudukannya untuk PRU akan datang. Maka tempoh ini adalah satu-satunya peluang. QUL HAZIHI SABILI!
Akta-akta yang sepatutnya sudah boleh disemak ialah Akta AMCP 1984, Akta Hasutan 1948, AUKU 1971. Ini adalah antara akta-akta asas yang digunakan untuk menutup kebebasan bersuara. Malah kebebasan bersuara inilah tuntutan Bapa Reformasi negara, saudara Anwar Ibrahim, sepanjang perlawanan beliau terhadap rejim pemerintah. Saudara Najib Razak yang telah kita humban ke penjara itu pun telah menunaikan janjinya pada 2011 untuk memansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri 1959.
Sebagai pendukung PH (atau Pakatan Rakyat dulu) sejak sekian lama, saya mendukung kuat idealisme ini. Idealisme semak dan imbang. Bukan sekadar antara ahli politik dan blok kepartian di dalam Parlimen atau DUN. Malah diantara rakyat dan juga Kerajaan pemerintah. Ya benar, untuk membuat perubahan itu dan ini memerlukan kesabaran dan kejituan cita-cita. Jalan kearah reformasi itu sangat berliku. Berapa ramai yang telah terkorban. Saya memahami bahawa kebebasan bersuara itu tidak mutlak. Apa-apa sahaja ucapan yang menganggu gugat kestabilan negara atau membangkitkan semangat perkauman haruslah disiasat. Malah kini kita berhadapan dengan berleluasanya fitnah dan berita palsu. Sudah tentu Akta Berita Palsu sangat diperlukan. Akan tetapi ini memerlukan perincian, memerlukan definisi yang jelas. Supaya tidak menganiaya pihak lawan. Kerana kita perlu jelas, Akta yang sama kita buat hari ini semasa menjadi Kerajaan, boleh digunakan semula terhadap kita, tatkala kita kehilangan kuasa.
Mengapa saya menulis tajuk teguran kepada intelektual? Kerana ramai aktivis/intelektual yang saya kenal dulu berada di pihak Kerajaan atau pun simpatisan kepada Kerajaan. Untuk itu saya beralih kepada Leo Tolstoy. Seorang karyawan dan intelektual besar Rusia. Di dalam bukunya “Confession”, beliau menulis tentang bagaimana kaum intelektual ini yang menerima laba dari masyarakat. Beliau turut mengkritik diri beliau sendiri:
“During this time I began to write out of vanity, self-interest, and pride. I did the same thing in my writing that I did in my life. In order to acquire the fame and the money I was writing for, it was necessary to conceal what was good and to flaunt what was bad. And that is what I did. Time after time I would scheme in my writings to conceal under the mask of indifference and even pleasantry those yearnings for something good which gave meaning to my life. And I succeeded in this and I was praised…..As an artist and poet I wrote and taught myself knowing what I was teaching. I received money for doing this, I enjoyed excellent food, lodgings, women, society; I was famous. Therefore whatever I was teaching must have been very good”
Tolstoy mengakui bahawa dengan berkarya dan dengan misi “intelektual” nya yang kononnya untuk mendidik masyarakat, pada dasarnya ada sebuah keinginan untuk mengekalkan segala kesenangan yang boleh di dapati daripadanya. Beliau merupakan salah seorang “paderi” dalam “misi suci intelektual” ini. Sambung beliau lagi,
“This faith in knowledge, poetry, and the evolution of life was indeed a faith, and I was one of its priests. Being one of its priests was very profitable and quite pleasant. I lived a rather long time in this faith without ever doubting its truth.”
Kesenangan dalam berkarya ini sudah tentu tidak dirasai oleh semua orang. Mungkin yang popular seperti Tolstoy dan penulis-penulis popular yang lain sahaja merasainya. Akan tetapi kata kuncinya ialah, kita tidak mahu sehingga hati nurani kita turut terkorban hanya semata-mata kita mencari makan. Tolstoy merasai kesengsaraan itu. Bagaimana mungkin seseorang boleh meneruskan kehidupannya apatahlagi sebagai seorang intelektual, jika dia terpaksa mengorbankan jiwa dan hati nuraninya untuk tidak bercakap benar ataupun sekurang-kurangnya melontarkan pendapat yang dia rasakan benar.
Julien Benda, dalam karya “The Betrayals of Intellectual” memahami konflik ini, menegur golongan intelektual yang dalam usahanya untuk menjadi lebih “praktikal” atau “pragmatik” telah hanyut dalam prestij dan kedudukan politik. Lebih parah lagi menurut beliau :
“It is impossible to exaggerate the importance of a movement whereby those who for twenty centuries taught Man that the criterion of the morality of an act is its disinterestedness, that good is a decree of his reason insofar as it is universal, that his will is only moral if it seeks its law outside its objects, should begin to teach him that the moral act is the act whereby he secures his existence against an environment which disputes it, that his will is moral insofar as it is a will “to power,” that the part of his soul which determines what is good is its “will to live” wherein it is most “hostile to all reason,” that the morality of an act is measured by its adaptation to its end, and that the only morality is the morality of circumstances.”
Tanpa menghukumi sesiapa, sekiranya keadaan politik kita hari ni sehingga memaksa para intelektual untuk beriman dengan “morality of circumstances”, maka apakah lagi yang boleh kita ajar kepada masyarakat? Bagaimana mungkin kita boleh tersenyum melihat diri kita di hadapan cermin? Bagaimana mungkin kita boleh mendapatkan tidur malam yang lena, dan bangun esok paginya untuk “mendidik masyarakat” sedangkan kita sendiri terperangkap dalam “the will to live”?
Tolstoy menyambung lagi bahawa, ada kemungkinan para intelektual ini adalah sekumpulan “orang gila” yang duduk di dalam “rumah orang gila” tapi tidak sedar yang mereka gila.
“Very strange indeed, but now I understand it. The real reason behind what we were doing was that we wanted to obtain as much money and praise as possible. Writing books and newspapers was the only thing we knew how to do in order to attain this end. And so that is what we did. But in order for us to engage in something so useless and at the same time maintain the conviction that we were very important people, we needed a rationale that would justify what we were doing. And so we came up with the following: everything that exists is rational Further, everything that exists is evolving. And it is evolving by means of an enlightenment. The enlightenment in turn undergoes change through the distribution of books and periodicals. “
“We are paid and respected for writing books and periodicals, and therefore we are the most useful and the best of people. This reasoning would have worked very well, had we all been in agreement, but since for every opinion expressed by one person there was always someone else whose opinion was diametrically opposed to it, we should have been led to reconsider. But we never noticed this. We received money and people of our circle praised us; thus every one of us believed himself to be right. It is now clear to me that there were no difference between ourselves and people living in a madhouse, at the time I only vaguely suspected this, and like all madmen, I thought everyone except myself was mad”
Saya betul-betul terkesan dengan riwayat Tolstoy ini, namun saya sendiri tidak tahu apa jalan yang terbaik. Mungkin saya boleh menulis seperti ini kerana berada diluar pusat kekuasaan. Mungkin saja jika saya adalah Anwar Ibrahim, saya juga tak bisa melakukan idealisme yang saya idamkan. Ini kerana “only those who have the capacity for violence but learn to control it, have the right to say he is good”. Orang yang sememangnya lemah dan tidak boleh berbuat apa-apa, barangkali tiada hak mengatakan dia lebih bermoral.
Apa-apa pun, semoga tulisan ini bermanfaat bagi para pembaca. Bak kata orang putih “take this writing with a pinch of salt”.